I Luv Bekam
BEKAM DAN SAINS
HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA(HUSM) AKAN MEMPERLUASKAN RAWATAN BERBEKAM KEPADA PESAKIT KERANA IA MAMPU MENGAWAL DIABETES SERTA MENYUMBANG KEPADA PENURUNAN DAN PENCEGAHAN FAKTOR RISIKO PENYAKIT KARDIOVASKULAR.
RAWATAN BERBEKAM INI DIJALANKAN DI HUSM SEJAK TAHUN LALU KERANA HASIL KAJIAN YANG DILAKUKAN OLEH SEORANG PENYELIDIK DARI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM), MENDAPATI RAWATAN TERSEBUT BOLEH MENYEMBUHKAN BEBERAPA JENIS PENYAKIT.
PENSYARAH JABATAN PERUBATAN MASYARAKAT, PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN, USM KUBANG KERIAN, PROF DR.AB.AZIZ AL-SAFI ISMAIL MEMBERITAHU, HASIL KAJIAN YANG DILAKUKAN ITU TELAH TERBUKTI APABILA DAPAT MENGURANGKAN GULA DALAM DARAH APABILA RAWATAN TERSEBUT DIJALANKAN SECARA KONSISTEN.
SELAIN ITU, KATANYA, BERBEKAM JUGA BOLEH DILAKUKAN KEPADA SEMUA PARAMETER FUNGSI GINJAL SEPERTI SERUM UREA, KREATININ DAN ASID URIK YANG MENDORONG KEPADA PENYAKIT DIABETES TURUT MENUNJUKKAN PENURUNAN.
AB. AZIZ MEMBERITAHU, KAJIAN YANG DITAJA OLEH KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOJI DAN INOVASI (MOSTI) ITU MENUNJUKKAN KELEBIHAN BERBEKAM HANYA DAPAT DIRASAKAN JIKA MELAUI RAWATAN SETIAP EMPAT BULAN ATAU 120 HARI.
"SAYA SEDANG BERBINCANG DENGAN HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA BAGI MEWUJUDKAN PERKHIDMATAN PERUBATAN TRADISIONAL KEPADA PESAKIT YANG SEDANG MENERIMA RAWATAN SECARA PILIHAN," KATANYA.
BELIAU BERKATA DEMIKIAN SELEPAS MENGADAKAN SYARAHAN UMUM PERLANTIKAN PROFESOR MENGENAI BEKAM DAN AMALAM SUNNAH MENCEGAH PENYAKIT KRONIK DI SINI, SEMALAM.
MENURUT AB.AZIZ, SELAIN BERBEKAM, PERKHIDMATAN ALTERNATIF INI PERLU DIWUJUDKAN DI HOSPITAL SEBAGAI MENJAMIN KEBERSIHAN PERALATAN BERBEKAM DIGUNAKAN.
BELIAU BERKATA, DENGAN ADANYA RAWATAN BERBEKAM DI HOSPITAL, IA JUGA DAPAT MENGURANGKAN PENGGANTUNGAN UBATAN APABILA MENJALANI RAWATAN TERSEBUT SECARA KONSISTEN.
KATANYA, BERBEKAM JUGA SECARA TIDAK LANGSUNG, MASALAH GOUT DAPAT DIKAWAL KERANA KADAR ASID URIK DALAM TUBUH BERKURANGAN SELEPAS MENJALANI RAWATAN.
UJARNYA LAGI, MELALUI KAJIAN TERSEBUT, MENDAPATI BERBEKAM MAMPU MENURUNKAN RISIKO SAKIT JANTUNG DAN ANGIN AHMAR DENGAN MENURUNKAN ANTIGEN VON WILLEBRAND DAN MENINGKATKAN FUNGSI ENDOTELIL.
credit to viper bekam
HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA(HUSM) AKAN MEMPERLUASKAN RAWATAN BERBEKAM KEPADA PESAKIT KERANA IA MAMPU MENGAWAL DIABETES SERTA MENYUMBANG KEPADA PENURUNAN DAN PENCEGAHAN FAKTOR RISIKO PENYAKIT KARDIOVASKULAR.
RAWATAN BERBEKAM INI DIJALANKAN DI HUSM SEJAK TAHUN LALU KERANA HASIL KAJIAN YANG DILAKUKAN OLEH SEORANG PENYELIDIK DARI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM), MENDAPATI RAWATAN TERSEBUT BOLEH MENYEMBUHKAN BEBERAPA JENIS PENYAKIT.
PENSYARAH JABATAN PERUBATAN MASYARAKAT, PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN, USM KUBANG KERIAN, PROF DR.AB.AZIZ AL-SAFI ISMAIL MEMBERITAHU, HASIL KAJIAN YANG DILAKUKAN ITU TELAH TERBUKTI APABILA DAPAT MENGURANGKAN GULA DALAM DARAH APABILA RAWATAN TERSEBUT DIJALANKAN SECARA KONSISTEN.
SELAIN ITU, KATANYA, BERBEKAM JUGA BOLEH DILAKUKAN KEPADA SEMUA PARAMETER FUNGSI GINJAL SEPERTI SERUM UREA, KREATININ DAN ASID URIK YANG MENDORONG KEPADA PENYAKIT DIABETES TURUT MENUNJUKKAN PENURUNAN.
AB. AZIZ MEMBERITAHU, KAJIAN YANG DITAJA OLEH KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOJI DAN INOVASI (MOSTI) ITU MENUNJUKKAN KELEBIHAN BERBEKAM HANYA DAPAT DIRASAKAN JIKA MELAUI RAWATAN SETIAP EMPAT BULAN ATAU 120 HARI.
"SAYA SEDANG BERBINCANG DENGAN HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA BAGI MEWUJUDKAN PERKHIDMATAN PERUBATAN TRADISIONAL KEPADA PESAKIT YANG SEDANG MENERIMA RAWATAN SECARA PILIHAN," KATANYA.
BELIAU BERKATA DEMIKIAN SELEPAS MENGADAKAN SYARAHAN UMUM PERLANTIKAN PROFESOR MENGENAI BEKAM DAN AMALAM SUNNAH MENCEGAH PENYAKIT KRONIK DI SINI, SEMALAM.
MENURUT AB.AZIZ, SELAIN BERBEKAM, PERKHIDMATAN ALTERNATIF INI PERLU DIWUJUDKAN DI HOSPITAL SEBAGAI MENJAMIN KEBERSIHAN PERALATAN BERBEKAM DIGUNAKAN.
BELIAU BERKATA, DENGAN ADANYA RAWATAN BERBEKAM DI HOSPITAL, IA JUGA DAPAT MENGURANGKAN PENGGANTUNGAN UBATAN APABILA MENJALANI RAWATAN TERSEBUT SECARA KONSISTEN.
KATANYA, BERBEKAM JUGA SECARA TIDAK LANGSUNG, MASALAH GOUT DAPAT DIKAWAL KERANA KADAR ASID URIK DALAM TUBUH BERKURANGAN SELEPAS MENJALANI RAWATAN.
UJARNYA LAGI, MELALUI KAJIAN TERSEBUT, MENDAPATI BERBEKAM MAMPU MENURUNKAN RISIKO SAKIT JANTUNG DAN ANGIN AHMAR DENGAN MENURUNKAN ANTIGEN VON WILLEBRAND DAN MENINGKATKAN FUNGSI ENDOTELIL.
credit to viper bekam
Bekam Muka Redakan Sakit Kepala
SAKIT kepala atau migrain, situasi yang mungkin berpunca daripada faktor pemakanan, keturunan atau gaya hidup, yang muncul sekali-sekala dan jarang berlarutan pada jangka masa yang lama.
Begitupun, sakit kepala yang berlarutan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ada kalanya ia boleh memudaratkan diri dan menjadi lebih teruk.
Selain pengambilan ubat tahan sakit, pil serta minyak angin, ramai yang tidak mengetahui dengan melakukan bekam mampu mengurangkan sakit kepala secara beransur-ansur.
Bekam yang lazimnya dilakukan di bahagian belakang badan untuk mengeluarkan darah kotor secara tidak langsung adalah bertujuan untuk melancarkan peredaran darah di dalam badan dan begitu juga dengan bekam yang dilakukan di kepala.
Namun begitu, cara bekam yang dilakukan untuk mengurangkan sakit kepala selain di bahagian kepala adalah di bahagian muka.
Menurut pengusaha Spa DeAra Beauty, Norliana Mat Damuri, 30, tidak dinafikan pelbagai persoalan bermain di fikiran apabila bercakap mengenai bekam ini, seperti yang diketahui, kaedah bekam badan sahaja akan meninggalkan kesan inikan pula berbekam di bahagian muka.
Tambahnya, perkhidmatan bekam di bahagian muka ditawarkan di spanya itu sejak 17 tahun lalu dan merupakan antara perkhidmatan yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan para pelanggannya.
Sebenarnya rawatan bekam ini tidak ramai yang mahu lakukan kerana akan meninggalkan kesan parut berminggu-minggu (mengikut kondisi individu tersebut) tetapi selain dapat melancarkan peredaran darah serta membuang darah kotor, berbekam bagus untuk mereka yang mempunyai masalah migrain, resdung, dan sakit kepala.
Keunikan bekam ini (di bahagian muka) ialah selain dapat mengurangkan segala kesakitan yang dialami, boleh juga menyembuhkan penyakit tersebut tetapi proses ini akan mengambil masa.
Yang pasti segala-galanya bergantung kepada keadaaan serta situasi individu itu sendiri," katanya ketika ditemui di premis perniagaannya yang juga merupakan kediamannya di No. 4B, Blok 3, Flat PKNS, Seksyen 16, Shah Alam, Selangor.
Mengakui mewarisi perniagaan tersebut daripada ibunya, Norliana memberitahu dia mula membantu ibunya menguruskan perniagaan spa tersebut sejak berusia 16 tahun.
Tidak hanya sekadar menjadi pembantu, malah Norliana turut diperturunkan ilmu cara-cara untuk mengurut serta melakukan pelbagai lagi perkhidmatan yang diberikan di spanya itu seperti bertangas, sauna, urutan muka, urutan selepas bersalin, dan banyak lagi.
Baru enam bulan mengambil alih sepenuhnya perniagaan tersebut daripada ibunya, Norliana menjelaskan dia hanya memberi perkhidmatan kepada kaum wanita sahaja kecuali bekam kerana akan dibantu oleh suaminya untuk pelanggan lelaki.
Apa yang istimewanya mengenai spa DeAra Beauty ini ialah segala herba, minyak urut, set bersalin serta jamu yang digunakan adalah buatan sendiri dengan menggunakan herba-herba tempatan.
Keistimewaan yang ditampilkan di sini ialah segala minyak serta jamu yang digunakan semasa proses mengurut dan sebagainya dihasilkan sendiri dengan menggunakan resipi asli dan juga herba-herba tempatan yang berkualiti.
Jadi segala-galanya adalah semula jadi tanpa sebarang campuran bahan kimia dan Insya-Allah dengan izin-Nya, segala perkhidmatan yang diberikan mampu mengurangkan penyakit yang ada," ujarnya lagi.
Berbalik kepada rawatan bekam muka yang diberikan, Norliana menjelaskan sebelum melakukan proses bekam, pelanggan terlebih dulu akan melalui sesi urutan pada bahagian leher dan bahu ataupun satu badan bagi melancarkan peredaran darah.
Ini kerana katanya, toksin selalunya akan berkumpul di hujung kulit dan urutan itu bertujuan memudahkan toksin atau darah kotor dikeluarkan melalui proses bekam tadi.
Jumlah gelas bekam yang digunakan di beberapa bahagian muka seperti dagu, dahi dan pipi bergantung kepada keadaan fizikal dan tahap kesihatan seseorang pelanggan itu.
Norliana juga menegaskan, proses berbekam tersebut seelok-eloknya dilakukan dua kali sebulan bagi mendapatkan kesan lebih ketara.
Selain bagus untuk kesihatan, bekam muka ini juga dapat membantu menaikkan seri wajah selain dapat mengurangkan masalah jerawat dan masalah berdengkur.
Katanya lagi, pelanggan akan dikenakan bayaran RM5 untuk setiap cawan yang digunakan dan setiap rawatan yang diberikan hanya berdasarkan temu janji yang dibuat.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140211/kn_02/Bekam-muka-redakan-sakit-kepala
SILA AMBIL PERHATIAN!!
PENTING
FAKTOR-FAKTOR YG PERLU DIAMBIL KIRA
SEBELUM MEMILIH PEMBEKAM:
1. Jangan sesekali memilih pembekam berdasarkan besarnya kedai
bekamnya...dan canggihnya peralatan bekam yg digunakan.
2. Jangan sesekali memilih pembekam berdasarkan hebat dan glamour reputasinya di
pentas media sosial.
3. Jangan sesekali memilih pembekam berdasarkan hebatnya guru yang mengajarnya
bekam
4. Jangan sesekali memilih pembekam berdasarkan pengalamannya yg bertahun tahun.
TETAPI....
PILIHLAH PEMBEKAM BERDASARKAN TAHAP KEBERSIHAN YANG DIJAGANYA.
* Sehebat manapun pembekam itu, secanggih manapun peralatannya, setinggi manapun
dia belajar bekam...tetapi kalau tiada KEBERSIHAN di dalam amalan bekamnya, maka
tiada gunanya.
I LOVE BEKAM ENTERPRISE - kami mementingkan aspek kebersihan yang mana setiap kali
alatan bekam telah digunakan, kami akan menggunakan cecair pembasmi kuman dan steril
menggunakan alatan steril. Kebersihan mennjadi keutamaan kami kerana kesihatan anda
memberikan kepuasan kepada kami.
Cup yang telah dicuci dengan cecair pembasmi kuman. |
Cup yang telah dibersihkan akan disteril menggunakan UV Sterile selama 15min. |
JUST MY 2 CENT
Diagnosis pada warna kulit selepas berbekam:
1. Bekas bekam yang muncul berwarna ungu kegelapan atau hitam.
- Kekurangan Daya tahan tubuh (Antobodi)
- Darah dan pembuluh darah yang tidak lancar
- Banyak darah statis (darah beku).
2. Bekas bekam yang muncul berwarna ungu disertai seperti sisik.
- Menandakan terjadinya gangguan/ kelainan gumpalan darah yang berwarna keunguan dan adanya darah statis (darah beku).
3. Bekas bekam yang muncul berbentuk bintik-bintik ungu yang tersebar dengan tingkatan warna yang berbeda (ada yang tua dan ada yang ungu muda).
- Menandakan ada kelainan pada “Qi” dan darah statis (darah beku).
4. Bekas bekam yang muncul berwarna merah cerah,
- Menunjukkan terjadinya kekurangan atau ketidakstabilan unsur “Yin”, kekurangan “Qi” dan darah
- Mempunyai Unsur panas disebabkan dari kekurangan “Yin”.
5. Bekas bekam yang muncul berwarna merah gelap,
- Didalam darah yang tinggi disertai dengan adanya unsur panas patogen. (unsur panas dalam darah)
6. Bekas bekam yang muncul berwarna agak pucat/putih dan tidak hangat ketika disentuh.
- Menunjukkan terjadinya defisiensi cold (dingin) dan adanya gas patogen.
7. Adanya garis-garis pecah/ruam pada permukaan bekas bekam dan rasa sedikit gatal.
- Menunjukkan keadaan adanya wind (lembab) patogen dan gangguan gas patogen.
8. Munculnya wap air pada dinding bagian dalam gelas bekam.
-Menandakan keadaan adanya gas-gas patogen pada daerah tersebut.
9. Adanya blister (lepuhan/lecat) pada bekas bekam,
- Menggambarkan kondisi gangguan gas yang parah pada tubuh. Adanya darah tipis pada blister merupakan reaksi gas panas toksin.
"Qi" = Istilah Perubatan China bermaksud suatu unsur Tenaga / udara atau angin di dalam badan manusia.
"Yin" = Istilah Perubatan China. Bermaksud suatu tenga yang saling berlawanan seperti unsur sejuk dan panas, aura positif dan negatif.
Patogen = Sejenis Microorganisma atau virus. Darah yang ada potensi membawa unsur penyakit.
Bekam? …Mesti ke nak kena buat bekam??
Saya ada makan supplement… badan saya sihat je…tak
perlu bekam kot!!!
Begitulah tanggapan segelintir masyarakat kita
yang menyatakan persepsi masing-masing sekiranya diajukan dengan persoalan
berbekam...mungkin bukan salah mereka, bukan salah ibu mengandung ye…..mungkin
tiada kesedaran akan wujudnya kaedah perubatan berbekam ini atau mungkin ada
yang tahu tapi buat-buat sepi….mungkin “takut” jarum, loya tengok darah….macam-macam
lah. Mudah-mudahan masyarakat kita
terutamanya sedara seislam ni akan dikurniakan kesedaran dan ketetapan hati
agar menerima kaedah berbekam ini dan dijadikan amalan yang berterusan bagi
memastikan kesihatan tubuh rohani dan jasmani berada di tahap optima.
Info sedikit tentang BEKAM
Kalau anda nak tahu, selepas 80 hingga 120
hari, sel-sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati dan dibuang oleh hati…
tetapi, tidak semuanya dapat dikeluarkan. Oleh kerana sifatnya yang melekit dan
tidak berfungsi, lama-kelamaan mereka akan memenuhi ruang-ruang urat kecil yang
dipanggil kapilari sama ada di sekeliling organ-organ penting dan juga di bawah
kulit. Sel-sel mati ini akan dibawa oleh arus perjalanan darah yang laju ke
semua bahagian tubuh, dari kepala hinggalah ke kaki. Mereka akan melekat di antara
satu sama lain dan bercampur dengan asid urik, urea dan toksin.
Apakah yang akan terjadi jika kita tidak
melakukan rawatan bekam?
Sel-sel darah mati yang masih tertinggal di
dalam sistem perjalanan darah akan menjadi faktor utama yang menyebabkan
tersumbatnya urat kapilari kita.
Kapilari bercantum dengan urat lain yang lebih
besar di dalam tubuh seperti “vein” dan “artery”. Jadi, walaupun “vein”
dan “artery” tidak tersumbat namun jika “capillaries” tersumbat, seluruh
perjalanan darah akan turut terjejas.
Kesannya adalah pelbagai sistem tubuh akan
terganggu dan akan menyebabkan tidak sempurnanya fungsi organ seperti limpa,
ginjal dan hati. Akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Gejala-gejala awal menunjukkan bahawa tubuh kita telah dipenuhi darah
kotor yang tersumbat adalah seperti lesu, letih, kebas kaki & tangan,
sering pening dan mudah mengantuk.
Sel-sel darah mati yang sudah dibuang dengan
bekam kemudian akan digantikan dengan sel-sel darah merah yang baru dan lebih
sihat (bergantung kepada khasiat permakanan yang ada dalam tubuh kita). Oleh itu, adalah dinasihatkan anda untuk
menjaga pemakanan harian agar ianya benar-benar tidak memudaratkan kembali
tubuh kita.
Darah bekam telah diperiksa dengan mikroskop dan ditemukan adanya
bentuk-bentuk sel darah merah yang luar biasa, sebagai berikut;
1. Anisocytosis (perbezaan
ukuran sel darah merah) di mana ditemukan banyak sekali sel yang membesar
melebihi ukuran sel normal.
2. Poikilocytosis (perbezaan bentuk sel darah merah) di mana ditemukan sel-sel
berbentuk kawat dan buah pir.
3. Hypochromia (kekurangan haemoglobin) iaitu kekurangan warna sel darah merah.
Ini boleh disaksikan pada kes penderita anemia.
4. Target cells menunjukkan kekurangan
haemoglobin dan gangguan mekanisme produksi darah.
5. Schisocytes (sel-sel
darah pecah)
6. Acathocytes (sel-sel berduri)
7. Spherocytes (sel-sel darah merah berbentuk
bola)
8. Teardrop cells (sel-sel darah merah yang
berbentuk tetesan air mata)
Setelah menjalani pelbagai lagi kajian dan penelitian, para
saintis mengeluarkan laporan begini;
1) Bentuk sel darah merah dalam darah bekam pada semua kes
selalu abnormal atau luar biasa. Ini dicatat dari darah bekam yang
diambil langsung dari tempat dibekam, sebelum diletakkan ke dalam
gelas atau cup bekam agar tidak berpengaruh terhadap sel-sel itu.
2) Penurunan drastik jumlah sel darah putih pada darah
bekam. Itu terjadi dalam seluruh kes. Jumlahnya hanya sekitar 525 hingga
950 per milimetre.
3) Penurunan kadar neutrophil dalam darah bekam.
4) Peningkatan kadar limfosit dalam darah bekam
pada seluruh kes, di mana jumlahnya sekitar antara 52% hingga 88%. Dalam
keadaan normal, kadarnya tidak boleh lebih dari 35%.
5) Total Iron Binding Capacity (TIBC) tinggi sekali di
antara 422 hingga 1057, sementara dalam darah normal harus di antara 250 hingga
400.
6) Tingginya kadar kreatinin dalam darah bekam.
———————————————
♣ Penelitian Bekam di Syria ♣
———————————————
Para saintis di Syria telah mengadakan
penelitian terhadap 300 kes penyakit yang berhasil dirawat oleh bekam, dengan
menjelaskan kondisi yang terjadi pada setiap kes.
Hasil penelitian itu telah disimpulkan sebagai
berikut;
1) Dalam kes tekanan darah tinggi, tekanan
darah turun hingga normal.
2) Dalam kes tekanan darah rendah, tekanan
darah naik hingga normal.
3) Terjadi penurunan ESR (Erytrocyt
sedimentation rate) hingga normal.
4) ECG (electrocardiogram) menjadi stabil.
Dalam banyak kes, keadaan pesakit
menjadi
bertambah baik.
5) Jumlah sel darah merah menjadi stabil.
6) Penurunan kadar haemoglobin hingga kadar
normal dalam setiap kes yang
mempunyai
kadar haemoglobin yang berlebihan.
7) Kenaikan kadar haemoglobin hingga batas
normal dalam kes anemia, menunjukkan
terjadinya
pembetukan sel-sel darah merah yang baharu dan sihat.
8) Kenaikan jumlah sel darah putih dalam 60%
kes hingga normal.
9) Kenaikan jumlah sel darah putih dalam 71
kes penyakit paru-paru.
Moralnya.......jom BEKAM ..... anda sihat, alhamdulillah..... kami puas hati
Urutan Refleksologi- Manfaat Untuk Kesihatan Badan
Urut Tradisional Refleksologi Tapak Kaki.
Untuk pengetahuan anda, kedua-dua tapak kaki kita adalah amat penting sekali. Gunakan kaedah yang sama. Urutlah tapak kaki anda dengan tumpuan yang mendalam. Dengan urut tapak kaki,ia akan menjamin peredaran darah berjalan dengan betul dan sempurna untuk semua organ dalam badan anda. Ini juga anda boleh lakukan sendiri di rumah tetapi ingin dinasihatkan kepada pembaca, bagi keberkesanan urut tradisional tapak kaki refleksologi yang maksimum, tumpuan adalah teramat penting.
urut refleksologi bukanlah pengubatan. Dalam kaedah urut tradisional refleksologi ini,tiada ubat yang dimakan,tiada jarum yang ditusukkan,tiada pembedahan yang dilakukan dan juga tiada kesan sampingan. Rawatan urut tradisional refleksologi ini sangat berbeza dengan sistem perubatan biasa yang kebanyakannya menggunakan dadah dan tidak terlepas daripadanya kesan sampingan.Juga kebanyakannya bukan menyembuhkan tetapi membenamkan penyakit.
Rawatan urut tradisional refleksologi bukan mengubat penyakit,bukan juga membenamkan penyakit,tetapi membetulkan sistem badan yang tidak betul yang menjadi punca kepada penyakit.Apabila punca yang menyebabkan penyakit atau sakit sudah hilang,ini bermakna masalah sudah selesai-sakit/penyakit sudah sembuh. Seorang ahli urut tradisional refleksologi sebenarnya adalah seorang mekanik yang akan cuba membetulkan setiap bahagian yang rosak dalam tubuh manusia.Oleh sebab itu seorang pengamal urut tradisional refleksologi tidak hanya perlu tahu point-point urut tradisional refleksologi sahaja tetapi harus mahir dengan selok belok tubuh manusia serta penyakit-penyakitnya.Dia harus tahu penyebab terjadinya sakit atau penyakit.Bila ia tahu penyebabnya barulah matlamat urut tradisional refleksologi tercapai dengan sempurna iaitu kesembuhan dari penyakit.
Pengertian Urut Tradisional Refleksologi.
Rawatan urut tradisional refleksologi merupakan suatu kaedah pemeliharaan kesihatan dan penyembuhan penyakit dengan cara menekan titik pusat urat saraf yang ada di badan yang mana titik pusat urat saraf tersebut berhubung dengan organ-organ tubuh berkaitan.
Asal-Usul Urut Tradisional Refleksologi.
Tidak ditemukan suatu bukti yang pasti bila,di mana dan siapa yang menemukan kaedah rawatan urut tradisional refleksologi ini.Kebanyakan pendapat/buku menyatakan bahawa urut tradisional refleksologi bermula dan ditemukan di negeri China sejak lebih 5000 tahun yang lalu.Namun ada satu bukti yang agak jelas menunjukkan bahawa rawatan urut tradisional refleksologi ini sudah bermula sejak zaman mesir kuno lagi,iaitu dengan penemuan lukisan/lakaran orang sedang melakukan terapi urut tradisional refleksologi di salah satu piramid di kota itu.
Konon ada cerita yang mengatakan bahawa Firaun itu tidak pernah sakit kerana melakukan terapi urut tradisional refleksologi setiap hari.
Tujuan/Manafaat Urut Tradisional Refleksologi Bagi Tubuh.
Kaedah rawatan urut tradisional refleksologi mempunyai pengaruh terhadap tubuh manusia dalam memulihkan fungsi-fungsi anggota badan yang terganggu dengan cara menghilangkan penyebab dari gangguan itu sendiri,yakni pengaliran darah yang tidak lancar dalam badan serta saraf-saraf yang terganggu atau rosak.Bila pengaliran darah di seluruh tubuh normal dan lancar biasanya seseorang itu akan berada dalam keadaan sihat.Jadi secara umum tujuan/manafaat rawatan urut tradisional refleksologi adalah untuk memastikan seseorang itu dalam keadaan sihat.
Cara Kerja Urut Tradisional Refleksologi.
Sebagaimana diketahui bahawa darah mengalir dalam tubuh setiap masa.Bila jantung mengucup,ianya memberi tekanan pada darah sehingga darah akan pergi ke seluruh tubuh untuk menjalankan fungsinya yang normal iaitu membawa oksigen dan zat-zat makanan untuk keperluan organ-organ tubuh.Sebaliknya bila jantung mengembang,darah akan berbalik semula sambil membawa karbon dioksida serta sel-sel darah yang sudah mati atau kotoran untuk dihantar ke organ-organ pembuangan.Semua kotoran yang sudah tidak diperlukan lagi oleh tubuh akan dibuang melalui kencing.Bila pengaliran darah ini lancar maka setiap organ akan dapat berfungsi secara normal.Bila ini berlaku biasanya seseorang itu akan sihat.
Sebaliknya bila pengaliran darah pergi ke seluruh tubuh (arteri) tidak lancar,maka penghantaran zat-zat makanan dan oksigen akan terganggu,biasanya proses ini berlaku dengan bermulanya penyumbatan pada arteri yang mana proses ini akan bertambah dari masa ke semasa.Penyakit terjadinya penyumbatan pada arteri ini disebut “arteriosclerosis“.Apabila keadaan ini berlaku,iaitu organ kekurangan makanan dan oksigen,maka fungsinya akan terganggu.Apabila fungsi organ terganggu maka seseorang itu akan sakit.Begitu juga sebaliknya bila darah balik (vena) tidak lancar maka sebahagian kotoran atau toksid tidak terbuang.Bila tidak terbuang,kotoran itu akan mendap dalam organ-organ tubuh.Sebahagian kotoran tatu toksid itu juga akan mendap dalam salur darah balik (vena),yang pada akhirnya akan mengganggu fungsi organ-organ tubuh yang bersangkutan dan akhirnya terjadilah penyakit.Penyakit terjadinya penyumbatan dalam salur darah balik (vena) ini disebut dengan istilah “varicosevena”.
Maka terapi urut tradisional refleksologi akan menanggalkan kotoran-kotoran penghalang pada salur darah pergi (arteri) sehingga darah dapat mengalir dengan sempurna ke seluruh organ tubuh yang memerlukannya.Tanpa adanya halangan,maka organ tubuh akan dapat bekalan yang cukup,baik oksigen ataupun zat-zat makanan dan pada akhirnya setiap organ itu akan dapat berfungsi dan menjalankan kerjanya dengan sempurna.Ia juga akan menanggalkan kotoran-kotoran yang melekat dalam salur darah balik (vena) sehingga proses penghantaran darah yang mengandungi toksid;samada karbon dioksida ataupun kotoran ataupun sel-sel yang sudah mati akan berjalan dengan baik,sehingga semua kotoran yang seharusnya terbuang akan dapat dibuang dengan sempurna.Kotoran-kotoran ini akan terbuang melalui 4 cara:
1. Kencing 2. Buang air besar 3. Peluh 4. Pernafasan
Nombor talian baru
Assalamualaikum w.b.t...
Makluman kepada saudara/i yang dikasihi, adalah dimaklumkan bahawa nombor talian yang tertera di kad bisnes dan mana-mana iklan dalam blog ini telah tidak aktif kerana saya kehilangan telefon bimbit. Nombor saya 0176706010 bolehlah dibuang dan nombor baru saya,
Wak Leman adalah 01132199037. Mana-mana yang telah menerima kad bisnes saya boleh lah diabaikan dan mengambil maklum nombor baru saya. Segala kesulitan adalah amat dikesali. Moga kalian diberkati Allah dan bahagia menempuhi tahun baru 2013 dengan kesihatan yang bertambah baik...
Sekian.
JOM BEKAM UNTUK ATASI SENGGUGUT!!
Anda mungkin pernah mengalami senggugut semasa haid dan ia membuatkan anda betul-betul tidak selesa. Ia biasa berlaku dan kebanyakan masanya bila ia berlaku, anda mungkin hanya ingin berehat di rumah dan tidak mahu pergi ke sekolah atau ke tempat kerja.
Apa Itu Senggugut?
Senggugut atau istilah perubatannya ialah Premenstrual dysphoric disorder /dysmenorhoea. Ia merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan haid. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali haid. Bagi sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.
Apa Yang Menyebabkan Senggugut?
Anda mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya haid yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30 tahun. Kesakitan senggugut ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Senggugut mungkin menjadi disemenorea primer atau sekunder
Anda mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya haid yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30 tahun. Kesakitan senggugut ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Senggugut mungkin menjadi disemenorea primer atau sekunder
Sekiranya anda mengalami senggugut sejak pertama kali haid, besar kemungkinan ianya adalah dismenorea primer. Jadi anda tidak perlu berjumpa doktor. Dismenorea primer boleh mengakibatkan :
* Kekejangan. Bahagian bawah perut mungkin terasa seperti dipulas atau dipintal
* Sakit kepala yang berdenyut-denyut
* Muntah atau mual/loya
* Sakit kaki dan bahagian belakang badan
* Pergerakan usus yang tidak sekata
* Pitam
* Kekejangan. Bahagian bawah perut mungkin terasa seperti dipulas atau dipintal
* Sakit kepala yang berdenyut-denyut
* Muntah atau mual/loya
* Sakit kaki dan bahagian belakang badan
* Pergerakan usus yang tidak sekata
* Pitam
Bolehkah Senggugut Dicegah?
Bagi dismenorea primer, doktor akan memberi rawatan seperti pil perancang dan pil penahan sakit. Anda boleh mengurangkan kesakitan atau kekerapannya dengan hidup secara sihat. Beberapa langkah untuk panduan :
# Perbaiki diet. Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli
# Kurangkan garam
# Variasikan pilihan minuman. Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh dan kopi beberapa hari sebelum haid
# Ambil vitamin tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Boleh juga menambah magnesium dan kalsium dalam diet. Beritahu doktor sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
# Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan senggugut
# Kekal aktif. Anda boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa haid. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Anda boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea
# Berhenti merokok
# Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Anda juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem komedi. Bergelak-ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
Bagi dismenorea primer, doktor akan memberi rawatan seperti pil perancang dan pil penahan sakit. Anda boleh mengurangkan kesakitan atau kekerapannya dengan hidup secara sihat. Beberapa langkah untuk panduan :
# Perbaiki diet. Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli
# Kurangkan garam
# Variasikan pilihan minuman. Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh dan kopi beberapa hari sebelum haid
# Ambil vitamin tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Boleh juga menambah magnesium dan kalsium dalam diet. Beritahu doktor sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
# Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan senggugut
# Kekal aktif. Anda boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa haid. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Anda boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea
# Berhenti merokok
# Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Anda juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem komedi. Bergelak-ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
# BEKAM......... bekam dapat mengatasi senggugut dengan cara membuang/ mengeluarkan darah kotor yang dah lama terkumpul dalam badan tu...Bagi melancarkkan semula pengeluaran darah haid setiap bulan, anda disyorkan berbekam sebulan sekali secara konsisten.Titik bekam bagi masalah senggugut ialah di kawasan tengkuk,pinggang dan pinggul serta di kawasan bawah pusat,insyaAllah kitaran haid anda lancar dan tidak lagi sakit ketika waktu period.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT” (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)
Langgan:
Catatan (Atom)