Bekam Darah Meningkatkan Tahap Kesihatan Badan


Sel darah merah yang tidak pernah dikumuhkan melalui bekam atau cara lain akan mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Darah kotor ini akan terkumpul di lapisan bawah kulit sebelum ia dikumuhkan.  Tubuh badan manusia akan sentiasa mengalami proses penggantian sel darah merah yang mana sel darah merah baru akan membawa oksigen dan nutrien kepada mana-mana anggota badan yang memerlukannya.  Manakala sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan akan masih berada dalam sistem aliran darah.  

Keadaan inilah yang akan mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, malah kesannya akan mengganggu pelbagai sistem badan.  Selain itu, ia menjadi punca kepada kegagalan sistem limpa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna dan akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.  Kebiasaannya, gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.

Oleh itu, pengubatan secara berbekam sememangnya telah terbukti dengan keizinan Allah jualah dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya.  Tepuk dada, tanya selera....Hargailah dan Sayangilah diri anda sebelum keadaan yang tidak disangka berlaku kepada diri anda.  Sambil berbekam, anda telah menjalankan salah satu perbuatan yang disukai Rasulullah s.a.w....


Tanggungjawab sendiri untuk memastikan tubuh badan sentiasa sihat walafiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadaNya. Insya'Allah...