Urut Tradisional Refleksologi Tapak Kaki.
Untuk pengetahuan anda, kedua-dua tapak kaki kita adalah amat penting sekali. Gunakan kaedah yang sama. Urutlah tapak kaki anda dengan tumpuan yang mendalam. Dengan urut tapak kaki,ia akan menjamin peredaran darah berjalan dengan betul dan sempurna untuk semua organ dalam badan anda. Ini juga anda boleh lakukan sendiri di rumah tetapi ingin dinasihatkan kepada pembaca, bagi keberkesanan urut tradisional tapak kaki refleksologi yang maksimum, tumpuan adalah teramat penting.

urut refleksologi bukanlah pengubatan. Dalam kaedah urut tradisional refleksologi ini,tiada ubat yang dimakan,tiada jarum yang ditusukkan,tiada pembedahan yang dilakukan dan juga tiada kesan sampingan. Rawatan urut tradisional refleksologi ini sangat berbeza dengan sistem perubatan biasa yang kebanyakannya menggunakan dadah dan tidak terlepas daripadanya kesan sampingan.Juga kebanyakannya bukan menyembuhkan tetapi membenamkan penyakit. 
Rawatan urut tradisional refleksologi bukan mengubat penyakit,bukan juga membenamkan penyakit,tetapi membetulkan sistem badan yang tidak betul yang menjadi punca kepada penyakit.Apabila punca yang menyebabkan penyakit atau sakit sudah hilang,ini bermakna masalah sudah selesai-sakit/penyakit sudah sembuh. Seorang ahli urut tradisional refleksologi sebenarnya adalah seorang mekanik yang akan cuba membetulkan setiap bahagian yang rosak dalam tubuh manusia.Oleh sebab itu seorang pengamal urut tradisional refleksologi tidak hanya perlu tahu point-point urut tradisional refleksologi sahaja tetapi harus mahir dengan selok belok tubuh manusia serta penyakit-penyakitnya.Dia harus tahu penyebab terjadinya sakit atau penyakit.Bila ia tahu penyebabnya barulah matlamat urut tradisional refleksologi tercapai dengan sempurna iaitu kesembuhan dari penyakit.  
Pengertian Urut Tradisional Refleksologi.
Rawatan urut tradisional refleksologi merupakan suatu kaedah pemeliharaan kesihatan dan penyembuhan penyakit dengan cara menekan titik pusat urat saraf yang ada di badan yang mana titik pusat urat saraf tersebut berhubung dengan organ-organ tubuh berkaitan.
Asal-Usul Urut Tradisional Refleksologi.
Tidak ditemukan suatu bukti yang pasti bila,di mana dan siapa yang menemukan kaedah rawatan urut tradisional refleksologi ini.Kebanyakan  pendapat/buku menyatakan bahawa urut tradisional refleksologi bermula dan ditemukan di negeri China sejak lebih 5000 tahun yang lalu.Namun ada satu bukti yang agak jelas menunjukkan bahawa rawatan urut tradisional refleksologi ini sudah bermula sejak zaman mesir kuno lagi,iaitu dengan penemuan lukisan/lakaran orang sedang melakukan terapi urut tradisional refleksologi di salah satu piramid di kota itu. 
Konon ada cerita yang mengatakan bahawa Firaun itu tidak pernah sakit kerana melakukan terapi urut tradisional refleksologi setiap hari.
Tujuan/Manafaat Urut Tradisional Refleksologi Bagi Tubuh.
Kaedah rawatan urut tradisional refleksologi mempunyai pengaruh terhadap tubuh manusia dalam memulihkan fungsi-fungsi anggota badan yang terganggu dengan cara menghilangkan penyebab dari gangguan itu sendiri,yakni pengaliran darah yang tidak lancar dalam badan serta saraf-saraf yang terganggu atau rosak.Bila pengaliran darah di seluruh tubuh normal dan lancar biasanya seseorang itu akan berada dalam keadaan sihat.Jadi secara umum tujuan/manafaat rawatan urut tradisional refleksologi adalah untuk memastikan seseorang itu dalam keadaan sihat.
Cara Kerja Urut Tradisional Refleksologi.
Sebagaimana diketahui bahawa darah mengalir dalam tubuh setiap masa.Bila jantung mengucup,ianya memberi tekanan pada darah sehingga darah akan pergi ke seluruh tubuh untuk menjalankan fungsinya yang normal iaitu membawa oksigen dan zat-zat makanan untuk keperluan organ-organ tubuh.Sebaliknya bila jantung mengembang,darah akan berbalik semula sambil membawa karbon dioksida serta sel-sel darah yang sudah mati atau kotoran untuk dihantar ke organ-organ pembuangan.Semua kotoran yang sudah tidak diperlukan lagi oleh tubuh akan dibuang melalui kencing.Bila pengaliran darah ini lancar maka setiap organ akan dapat berfungsi secara normal.Bila ini berlaku biasanya seseorang itu akan sihat.


 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan