Bekam? …Mesti ke nak kena buat bekam??
Saya ada makan supplement… badan saya sihat je…tak
perlu bekam kot!!!
Begitulah tanggapan segelintir masyarakat kita
yang menyatakan persepsi masing-masing sekiranya diajukan dengan persoalan
berbekam...mungkin bukan salah mereka, bukan salah ibu mengandung ye…..mungkin
tiada kesedaran akan wujudnya kaedah perubatan berbekam ini atau mungkin ada
yang tahu tapi buat-buat sepi….mungkin “takut” jarum, loya tengok darah….macam-macam
lah. Mudah-mudahan masyarakat kita
terutamanya sedara seislam ni akan dikurniakan kesedaran dan ketetapan hati
agar menerima kaedah berbekam ini dan dijadikan amalan yang berterusan bagi
memastikan kesihatan tubuh rohani dan jasmani berada di tahap optima.
Info sedikit tentang BEKAM
Kalau anda nak tahu, selepas 80 hingga 120
hari, sel-sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati dan dibuang oleh hati…
tetapi, tidak semuanya dapat dikeluarkan. Oleh kerana sifatnya yang melekit dan
tidak berfungsi, lama-kelamaan mereka akan memenuhi ruang-ruang urat kecil yang
dipanggil kapilari sama ada di sekeliling organ-organ penting dan juga di bawah
kulit. Sel-sel mati ini akan dibawa oleh arus perjalanan darah yang laju ke
semua bahagian tubuh, dari kepala hinggalah ke kaki. Mereka akan melekat di antara
satu sama lain dan bercampur dengan asid urik, urea dan toksin.
Apakah yang akan terjadi jika kita tidak
melakukan rawatan bekam?
Sel-sel darah mati yang masih tertinggal di
dalam sistem perjalanan darah akan menjadi faktor utama yang menyebabkan
tersumbatnya urat kapilari kita.
Kapilari bercantum dengan urat lain yang lebih
besar di dalam tubuh seperti “vein” dan “artery”. Jadi, walaupun “vein”
dan “artery” tidak tersumbat namun jika “capillaries” tersumbat, seluruh
perjalanan darah akan turut terjejas.
Kesannya adalah pelbagai sistem tubuh akan
terganggu dan akan menyebabkan tidak sempurnanya fungsi organ seperti limpa,
ginjal dan hati. Akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Gejala-gejala awal menunjukkan bahawa tubuh kita telah dipenuhi darah
kotor yang tersumbat adalah seperti lesu, letih, kebas kaki & tangan,
sering pening dan mudah mengantuk.
Sel-sel darah mati yang sudah dibuang dengan
bekam kemudian akan digantikan dengan sel-sel darah merah yang baru dan lebih
sihat (bergantung kepada khasiat permakanan yang ada dalam tubuh kita). Oleh itu, adalah dinasihatkan anda untuk
menjaga pemakanan harian agar ianya benar-benar tidak memudaratkan kembali
tubuh kita.
Darah bekam telah diperiksa dengan mikroskop dan ditemukan adanya
bentuk-bentuk sel darah merah yang luar biasa, sebagai berikut;
1. Anisocytosis (perbezaan
ukuran sel darah merah) di mana ditemukan banyak sekali sel yang membesar
melebihi ukuran sel normal.
2. Poikilocytosis (perbezaan bentuk sel darah merah) di mana ditemukan sel-sel
berbentuk kawat dan buah pir.
3. Hypochromia (kekurangan haemoglobin) iaitu kekurangan warna sel darah merah.
Ini boleh disaksikan pada kes penderita anemia.
4. Target cells menunjukkan kekurangan
haemoglobin dan gangguan mekanisme produksi darah.
5. Schisocytes (sel-sel
darah pecah)
6. Acathocytes (sel-sel berduri)
7. Spherocytes (sel-sel darah merah berbentuk
bola)
8. Teardrop cells (sel-sel darah merah yang
berbentuk tetesan air mata)
Setelah menjalani pelbagai lagi kajian dan penelitian, para
saintis mengeluarkan laporan begini;
1) Bentuk sel darah merah dalam darah bekam pada semua kes
selalu abnormal atau luar biasa. Ini dicatat dari darah bekam yang
diambil langsung dari tempat dibekam, sebelum diletakkan ke dalam
gelas atau cup bekam agar tidak berpengaruh terhadap sel-sel itu.
2) Penurunan drastik jumlah sel darah putih pada darah
bekam. Itu terjadi dalam seluruh kes. Jumlahnya hanya sekitar 525 hingga
950 per milimetre.
3) Penurunan kadar neutrophil dalam darah bekam.
4) Peningkatan kadar limfosit dalam darah bekam
pada seluruh kes, di mana jumlahnya sekitar antara 52% hingga 88%. Dalam
keadaan normal, kadarnya tidak boleh lebih dari 35%.
5) Total Iron Binding Capacity (TIBC) tinggi sekali di
antara 422 hingga 1057, sementara dalam darah normal harus di antara 250 hingga
400.
6) Tingginya kadar kreatinin dalam darah bekam.
———————————————
♣ Penelitian Bekam di Syria ♣
———————————————
Para saintis di Syria telah mengadakan
penelitian terhadap 300 kes penyakit yang berhasil dirawat oleh bekam, dengan
menjelaskan kondisi yang terjadi pada setiap kes.
Hasil penelitian itu telah disimpulkan sebagai
berikut;
1) Dalam kes tekanan darah tinggi, tekanan
darah turun hingga normal.
2) Dalam kes tekanan darah rendah, tekanan
darah naik hingga normal.
3) Terjadi penurunan ESR (Erytrocyt
sedimentation rate) hingga normal.
4) ECG (electrocardiogram) menjadi stabil.
Dalam banyak kes, keadaan pesakit
menjadi
bertambah baik.
5) Jumlah sel darah merah menjadi stabil.
6) Penurunan kadar haemoglobin hingga kadar
normal dalam setiap kes yang
mempunyai
kadar haemoglobin yang berlebihan.
7) Kenaikan kadar haemoglobin hingga batas
normal dalam kes anemia, menunjukkan
terjadinya
pembetukan sel-sel darah merah yang baharu dan sihat.
8) Kenaikan jumlah sel darah putih dalam 60%
kes hingga normal.
9) Kenaikan jumlah sel darah putih dalam 71
kes penyakit paru-paru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan